Finwinwin

The Budding Entrepreneurs Resource To Time, Money & Relationship Mastery

Friday, March 03, 2006

The Long Tail 101 (Malay)


Teori Long Tail 101
Teori Long Tail menyatakan bahawa budaya dan ekonomi kita saban hari semakin berganjak daripada fokus kepada beberapa “hits” yang kecil (dalam produk-produk serta pasaran-pasaran utama) dibahagian hadapan garis liku permintaan kepada sebilangan niche-niche yang berjumlah besar di bahagian ekor garis liku tersebut. Akibat kos produksi serta distribusi yang semakin berkurangan, terutamanya di ruangan online, maka kini terdapat keperluan yang berkurangan untuk mengelompokkan produk-produk serta konsumer-konsumer kepada kelompok yang menggangap “satu saiz akan memenuhi keperluan kesemua orang.” Dalam era dimana batasan fizikal ruang kedai dan kemacetan ruang distribusi telah menghilang, produk-produk serta servis yang mempunyai target yang amat khusus boleh menjadi suatu asas perniagaan yang mempunyai pulangan ekonomik yang menarik sama seperti produk-produk serta servis-servis yang lebih mainstream.

Satu contoh yang boleh diberi ialah, ramalan teori ini yang menyatakan permintaan untuk produk-produk yang tidak boleh didapati daripada pembekal tradisional mempunyai potensi pasaran yang sama besar daripada produk-produk yang boleh didapati. Namun begitu, perkara ini sama juga untuk video yang tidak dapat didapati daripada siaran di TV dan radio. Dalam erti kata lain, potensi saiz agregat untuk pasaran-pasaran yang kecil ini dalam produk-produk yang biasanya tidak mempunyai permintaan yang baik dalam saluran pemasaran tradisional serta penyiaran mungkin dapat menandingi produk-produk dalam pasaran sediakala yang melepasi aras ekonomik tersebut.

Terma Long Tail ini merujuk secara spesifik kepada bahagian berwarna kuning dalam carta penjualan diatas, yang menunjukkan garis liku yang standard untuk sebarang industri daripada industri hiburan hinggalah kepada produk-produk yang pejal. Bahagian berwarna merah diatas pula merujuk kepada produk-produk yang “hits” yang telah mendominasi pasaran-pasaran kita serta budaya kita dalam kurun yang baru lepas ini. Bahagian kuning diatas pula merujuk kepada yang “bukan-hits” ataupun “niche-niche” yang mana merupakan sumber pembangunan ekonomi masa kini dan juga di masa hadapan.

Dalam ekonomi penjualan retail tradisional, kedai-kedai hanya akan menyimpan produk-produk yang “hits” kerana mereka mempunyai batasan ruang simpan yang mahal. Namun begitu, para penjual online (seperti Amazon dan ITunes) mampu menyimpan apa saja secara virtual, dan jumlah produk niche yang disimpan mereka melebihi jumlah produk hits mereka dalam magnitud yang berkali ganda saiznya. Berjuta-juta niche ini adalah yang digambarkan oleh bahagian “ekor panjang” juga dipanggil sebagai Long Tail, yang selama ini telah diabaikan akibat tumpuan perniagaan kepada produk-produk yang hits di bahagian “hadapan kepala yang pendek” ataupun dikenali sebagai Short Head of hits.

Apabila para konsumer dihadapkan dengan pilihan-pilihan yang infinit, garis liku graf permintaan akan dapat dilihat dengan lebih jelas. Dan ianya kelihatan lebih kurang tertumpu kepada produk-produk hits yang kita selalu fikirkan. Orang ramai lebih suka kepada produk-produk niche kerana ianya dapat memenuhi citarasa terperici dengan lebih baik. Satu perkara lagi ialah, dalam suatu aspek kehidupan kita, kita semua mempunyai minat mendalam kepada suatu bahagian yang amat unik dan bersifat niche (sama ada kita sedar atau tidak).

Projek-projek kajian kami telah cuba untuk mengkuantifikasikan teori Long Tail ini dalam tiga cara yang berbeza, iatu membandingkan data daripada penjual-penjual online serta offline dalam industri musik, filem serta buku.
1. Apakah saiz Long Tail (didefinasikan sebagai inventori yang biasanya tidak terdapat di dunia offline)?
2. Bagaimana akses kepada niche-niche yang pelbagai akan mengubah bentuk garis liku permintaan? Adakah ianya akan berganjak jauh daripada produk-produk hits?
3. Apakah alat-alat serta teknik-teknik yang menjadi asas anjakan tersebut dan yang manakah yang paling efektif?
Artikel Long Tail (serta buku yang akan diterbitkan kelak) adalah tentang akibat yang akan muncul disebabkan oleh fenomena ini: bagaimana ekonomi serta budaya kita sedang berganjak daripada pasaran yang bersifat umum kepada berjuta-juta niche. Ia meriwayatkan peranan-peranan teknologi yang telah membuatkan para konsumer lebih mudah untuk mencari dan membeli produk-produk yang niche, akibat fenomena “ruang kedai yang infinit”---termasuklah mekanisma-mekanisma distribusi yang baru, seperti pemuaturunan digital hinggalah fenomena pasaran peer-2-peer, yang menghancurkan batasan penyiaran serta kedai runcit tradisional.

Artikel yang terdapat di Wikipedia tentang subjek teori Long Tail mempunyai huraian yang lebih baik untuk pemahaman yang lebih mendalam untuk subjek ini.

A translation of an original post by Chris Anderson. Click here to learn more about the Long Tail.

GBAT (Malay Version)

Ujian Kemahiran Bozofikasi Guy (GBAT-Guy’s Bozofication Aptitude Test).

Jika senario-senario yang disenaraikan dibawah menggambarkan organisasi anda, sila berikan satu markah untuk setiap senario.


1. Dua perkataan yang paling popular dalam syarikat anda adalah “rakan sekutu” dan “strategik.” Lebih dari itu, perkataan “rakan sekutu” telah menjadi kata kerja, dan perkataan “strategik” digunakan untuk menggambarkan keputusan-keputusan serta aktiviti-aktiviti yang tidak masuk akal.


2. Bahagian pengurusan memutuskan untuk mengadakan pertemuan di tempat-tempat seperti Ritz Carlton untuk memperbaiki saluran komunikasi syarikat serta untuk membuat pernyataan misi syarikat.


3. Pernyataan Misi syarikat diatas mempunyai lebih daripada dua puluh perkataan---yang mana dua daripada nya ialah “rakan kongsi” serta “strategik.”


4. Bahagian pentadbiran CEO anda mempunyai badan pentadbirannya yang tersendiri.


5. Ritma bio kawasan meletakkan kereta anda kelihatan seperti ini:

* 8:00 am - 10:00 am—Kereta Jepun melebihi kereta Jerman
* 10:00 am - 5:00 pm—Kereta Jerman melebihi kereta Jepun

* 5:00 pm - 10:00 pm—kereta Jepun melebihi kereta Jerman

6. Jabatan Sumber Manusia anda memerlukan ijazah MBA untuk sebarang jawatan; ia juga memerlukan lima hingga sepuluh tahun pengalaman bekerja dalam suatu industri yang hanya wujud empat tahun lalu.


7. Masa kini dianggap lebih penting daripada wang hinggakan anda mempunyai kafeteria syarikat, kelab kesihatan, serta servis kecantikan untuk binatang kesayangan pekerja. Lebih dari itu, perkara pertama yang ditunjukkan oleh para pekerja kepada para pelawat ialah kafeteria syarikat, kelab kesihatan, dan servis kecantikan binatang tersebut diatas.


8. Artis yang mempunyai musik yang di jual di kedai online ITunes muncul dalam persembahan untuk parti Krismas syarikat.


9. Seorang pekerja dibayar gaji khususnya untuk menulis blog.


10. Beberapa pekerja membaca blog tersebut untuk mendapat maklumat tentang isu-isu semasa dalam syarikat tersebut.


11. Anda lebih ternggangu oleh kejayaan syarikat saingan anda berbanding dengan situasi dimana anda kehilangan seorang pelanggan.


12. Pengurus pengurus di bahagian pertengahan anda pernah bekerja di syarikat-syarikat produk konsumer. Zoli Erdo


13. Anda mengupah firma konsulting terkemuka yang membawa masuk MBA-MBA yang hanya mempunyai setahun pengalaman untuk membuat rombakan strategi korporat anda.


14. Syarikat anda menyukai beberapa MBA ini dan menawarkan mereka jawatan dalam firma anda dan meninggalkan firma-firma konsulting terkemuka diatas.


15. Para pekerja di meja hadapan menjadi lebih menawan namun begitu dengan kompetensi yang lebih rendah. Jeff Barson


16. Anda hanya dapat melihat kelibat CEO anda apabila anda menonton CNBC. Laurie Sefton


17. Anda menonton CNBC di siang hari tanpa sebarang perasaan bersalah.


18. Nisbah jurutera kepada peguam di firma anda jatuh dibawah 25 hingga 1. Margerite


19. Syarikat mula mencetak poster “Falsafah Syarikat.” George


20. Frasa-frasa “Menggunakan leverasi kompetensi utama” serta “Memaksimumkan pulangan pemilik saham syarikat” mula muncul dalam dokumen-dokumen rasmi syarikat, dalam perenggan yang sama.


21. Eksekutif-eksekutif yang baru memulakan kempen untuk memperbaiki suatu produk sebelum memahami sepenuhnya bagaimana caranya untuk menggunakan produk tersebut. Bill Liao


22. Syarikat anda menggunakan penyumberan luaran untuk membuat pernyataan misinya. PUnk.


23. Kerusi CEO anda adalah lebih mahal daripada kereta pertama anda. JoeC


24. Anda mempunyai lebih dari dua eksekutif dengan perktaan “Ketua” di nama jawatan mereka. Gautam


25. Firma anda menjadi punca pembuatan item-item remeh-temeh yang mempunyai logo syarikat: pena, beg, pad nota, beg-beg penghantaran. Hadley Stern


Jika item item berikut benar untuk situasi syarikat sila berikan dua mata untuk setiap pernyataan.


26. CEO anda menulis buku

27. CEO anda dijemput ke Forum Ekonomik Dunia di Davos, dimana dia memberi nasihat kepada para president negara-negara Eropah Timur.
28. Syarikat anda memiliki kapal terbang jet nya yang tersendiri.
29. Syarikat anda mengupah seorang atlit professional yang yang bersara sebagai penceramah motivasi.
30. Syarikat anda mengupah seorang ahli politik yang telah bersara sebagai penceramah motivasi.
Markah maksimum yang boleh didapati ialah 35 point. Semoga tuhan menolong diri anda….