Finwinwin

The Budding Entrepreneurs Resource To Time, Money & Relationship Mastery

Friday, March 03, 2006

GBAT (Malay Version)

Ujian Kemahiran Bozofikasi Guy (GBAT-Guy’s Bozofication Aptitude Test).

Jika senario-senario yang disenaraikan dibawah menggambarkan organisasi anda, sila berikan satu markah untuk setiap senario.


1. Dua perkataan yang paling popular dalam syarikat anda adalah “rakan sekutu” dan “strategik.” Lebih dari itu, perkataan “rakan sekutu” telah menjadi kata kerja, dan perkataan “strategik” digunakan untuk menggambarkan keputusan-keputusan serta aktiviti-aktiviti yang tidak masuk akal.


2. Bahagian pengurusan memutuskan untuk mengadakan pertemuan di tempat-tempat seperti Ritz Carlton untuk memperbaiki saluran komunikasi syarikat serta untuk membuat pernyataan misi syarikat.


3. Pernyataan Misi syarikat diatas mempunyai lebih daripada dua puluh perkataan---yang mana dua daripada nya ialah “rakan kongsi” serta “strategik.”


4. Bahagian pentadbiran CEO anda mempunyai badan pentadbirannya yang tersendiri.


5. Ritma bio kawasan meletakkan kereta anda kelihatan seperti ini:

* 8:00 am - 10:00 am—Kereta Jepun melebihi kereta Jerman
* 10:00 am - 5:00 pm—Kereta Jerman melebihi kereta Jepun

* 5:00 pm - 10:00 pm—kereta Jepun melebihi kereta Jerman

6. Jabatan Sumber Manusia anda memerlukan ijazah MBA untuk sebarang jawatan; ia juga memerlukan lima hingga sepuluh tahun pengalaman bekerja dalam suatu industri yang hanya wujud empat tahun lalu.


7. Masa kini dianggap lebih penting daripada wang hinggakan anda mempunyai kafeteria syarikat, kelab kesihatan, serta servis kecantikan untuk binatang kesayangan pekerja. Lebih dari itu, perkara pertama yang ditunjukkan oleh para pekerja kepada para pelawat ialah kafeteria syarikat, kelab kesihatan, dan servis kecantikan binatang tersebut diatas.


8. Artis yang mempunyai musik yang di jual di kedai online ITunes muncul dalam persembahan untuk parti Krismas syarikat.


9. Seorang pekerja dibayar gaji khususnya untuk menulis blog.


10. Beberapa pekerja membaca blog tersebut untuk mendapat maklumat tentang isu-isu semasa dalam syarikat tersebut.


11. Anda lebih ternggangu oleh kejayaan syarikat saingan anda berbanding dengan situasi dimana anda kehilangan seorang pelanggan.


12. Pengurus pengurus di bahagian pertengahan anda pernah bekerja di syarikat-syarikat produk konsumer. Zoli Erdo


13. Anda mengupah firma konsulting terkemuka yang membawa masuk MBA-MBA yang hanya mempunyai setahun pengalaman untuk membuat rombakan strategi korporat anda.


14. Syarikat anda menyukai beberapa MBA ini dan menawarkan mereka jawatan dalam firma anda dan meninggalkan firma-firma konsulting terkemuka diatas.


15. Para pekerja di meja hadapan menjadi lebih menawan namun begitu dengan kompetensi yang lebih rendah. Jeff Barson


16. Anda hanya dapat melihat kelibat CEO anda apabila anda menonton CNBC. Laurie Sefton


17. Anda menonton CNBC di siang hari tanpa sebarang perasaan bersalah.


18. Nisbah jurutera kepada peguam di firma anda jatuh dibawah 25 hingga 1. Margerite


19. Syarikat mula mencetak poster “Falsafah Syarikat.” George


20. Frasa-frasa “Menggunakan leverasi kompetensi utama” serta “Memaksimumkan pulangan pemilik saham syarikat” mula muncul dalam dokumen-dokumen rasmi syarikat, dalam perenggan yang sama.


21. Eksekutif-eksekutif yang baru memulakan kempen untuk memperbaiki suatu produk sebelum memahami sepenuhnya bagaimana caranya untuk menggunakan produk tersebut. Bill Liao


22. Syarikat anda menggunakan penyumberan luaran untuk membuat pernyataan misinya. PUnk.


23. Kerusi CEO anda adalah lebih mahal daripada kereta pertama anda. JoeC


24. Anda mempunyai lebih dari dua eksekutif dengan perktaan “Ketua” di nama jawatan mereka. Gautam


25. Firma anda menjadi punca pembuatan item-item remeh-temeh yang mempunyai logo syarikat: pena, beg, pad nota, beg-beg penghantaran. Hadley Stern


Jika item item berikut benar untuk situasi syarikat sila berikan dua mata untuk setiap pernyataan.


26. CEO anda menulis buku

27. CEO anda dijemput ke Forum Ekonomik Dunia di Davos, dimana dia memberi nasihat kepada para president negara-negara Eropah Timur.
28. Syarikat anda memiliki kapal terbang jet nya yang tersendiri.
29. Syarikat anda mengupah seorang atlit professional yang yang bersara sebagai penceramah motivasi.
30. Syarikat anda mengupah seorang ahli politik yang telah bersara sebagai penceramah motivasi.
Markah maksimum yang boleh didapati ialah 35 point. Semoga tuhan menolong diri anda….

0 Comments:

Post a Comment

<< Home